Gangguan pada fungsi komputer riba atau laptop boleh disebabkan macam-macam faktor. Salah satu faktor yang nampak kecik tapi serius ialah semut.
Serangga ni memang kecik je saiz dia, tapi kalau dah berkampung dalam laptop, memang ke kedai la jawabnya laptop korang tu.
Macam video yang diunggah di akaun TikTok @yourstruleys ni.
Dalam video tersebut, pengunggah menunjukkan keadaan laptop pelanggan yang pada awalnya datang kedai sebab laptop tak hidup.
Bila lelaki ni bukak body laptop, terkejut dia tengok semut yang dah bersarang dalam laptop tu. Tak habis kat situ, dalam motherboard pun ada.
“Queen semut semua ada. Owner laptop ni memang ‘sweet’,” seloroh pengunggah dalam video itu.
Menurut pengunggah, lepas dibersihkan, laptop dah boleh hidup dan digunakan macam biasa.
Di akhir video, pengunggah berpesan kepada warga net agar jaga laptop masing-masing dan hati-hati dengan tempat yang korang letak laptop. Tambah pengunggah, kalau jadi kes macam ni, nak servis bukanlah murah.
@yourstruleys Korang sweet tak macam owner laptop ni? Agak2 fyp tak video ni?
“Banyaknya semut, sweet sangat ni”
Di ruangan komen, warga net rata-rata mengatakan pemilik komputer riba ni mesti sweet, tu yang sampai bersemut laptop tu.
Cuba check laptop korang, ada tak sampai level ‘sweet’ macam ni.
Sumber: TikTok @yourstruleys