Siakap Keli

Bateri Kereta ‘Free Maintenance’ Tak Perlu Tambah Air? Abang Pomen Ini Bagi Penjelasan

Bagi pemilik kenderaan khususnya kereta, mesti sudah tahu bahawa perkara yang paling penting perlu dijaga adalah penyelenggaraan. Pada kereta misalnya, komponen seperti bateri, minyak enjin, kotak gear, tayar dan sebagainya perlu diselenggara apabila ‘sampai’ masanya.

Menyentuh tentang bateri, terdapat sesetengah bateri kereta yang didakwa ‘free maintenance’. Ia pada awalnya dianggap sebagai ‘bateri kering’, ‘tidak perlu ditambah air’, ‘tidak perlu diselenggara’ dan seumpamanya.

Tapi tahukah anda, sebenarnya bateri yang ‘free maintenance’ ni hakikatnya sama saja macam bateri lain, perlu diselenggara. Untuk kefahaman lebih jelas, mari ikuti perkongsian oleh ‘Abang Pomen’ APENG Impian Auto Service seperti bawah ini.

Bateri kereta ‘free maintenance’ sama macam bateri lain

Gambar: Apeng Impian Auto Service

Tahukah anda, di sebalik bateri kereta FREE MAINTENANCE yang anda pakai tu yang dikatakan ‘tak payah check air’, ‘bateri sel kering’ katanya kan, ‘pakai jer sampai komdem’, ada yang tak betul dengan apa yang disampaikan.

Tapi tengok jenis la jugak. Ada yang ada dan boleh ditambah air dan ada yang takda. Kalau anda tarik sticker di atasnya terdapat penutup yang apabila dibuka, boleh ditambah airnya mengikut spec setiap 5,000/7,000 KM.

Agaknya jika anda buat macam tu dengan menjaga air bateri sentiasa mencukupi, adakah mungkin jangka hayat bateri kereta anda akan tahan lebih lama? Hakikatnya yang anda tidak tahu;

Bateri FREE MAINTENANCE sama je macam bateri yang jalan air jugak. Korang jer yang tak tahu.

Seeloknya, waktu penambahan air bateri dijalankan seeloknya adalah pada waktu pagi sebelum enjin dihidupkan. Air yang digunakan untuk tambah air bateri anda boleh didapati di stesen-stesen minyak petrol pump.

Anda jugak boleh tambah guna asid sedikit dalam botol merah berbentuk empat segi yang ada dijual di kedai-kedai bateri atau kedai motor atau juga di mana-mana kedai spare part. 

Korang tanya, abam pomen jawabkan. Alhamdulillah selesai satu kekeliruan…

Gambar: Apeng Impian Auto Service
Gambar: Apeng Impian Auto Service
Gambar: Apeng Impian Auto Service
Gambar: Apeng Impian Auto Service

Sumber: APENG Impian Auto Service

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.