Siakap Keli
Gambar: Dr Ezairy M.Sallih

Disangka Masuk Perut Dan Keluar Ikut Najis, Lelaki 30-an Ini Tertelan Syiling 10 sen Yang Nyaris Masuk Ke Paru-Paru

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kes anak-anak kecil tertelan objek bukanlah sesuatu yang asing. Kanak-kanak yang sedang membesar biasanya sangat aktif dan ingin meneroka hal-hal baharu. Maka selalulah kes-kes sebegini kita dengar terjadi di kalangan kanak-kanak.

Tapi lain pula kes yang dikongsikan pakar bedah, Dr Ezairy M.Sallih, melalui hantaran di Facebooknya ini.

Kalau selalu kita dengar kanak-kanak tertelan benda asing, kali ini Dr Ezairy berkongsi pengalaman menangani lelaki dewasa berusia 30-an yang tak sengaja tertelan duit syiling.

Ikuti perkongsian Dr Ezairy di bawah ini.

“Ingat masuk ke perut, rupanya…”

Lelaki ni dah berumur 30 tahun lebih. Masa tidur, adiknya termasukkan syiling 10 sen ke dalam mulut. Tertelan!

Beliau sangka ia akan ditelan, masuk ke perut kemudian keluar bersama najis. Jadi dibiarkan sahaja.

Tiba-tiba pagi tu beliau rasa sangat tak selesa. Dada rasa ketat. Terbatuk-batuk sampai keluar darah. Susah nak bernafas. Segera dibawa ke kecemasan.

Kami buat ujian X-Ray, nampak duit syiling ni dah ada di saluran pernafasan. Sedikit je lagi nak masuk ke paru-paru. Kalau masuk ke peparu, tak tahulah apa akan jadi.

Kawan-kawan, kejadian ni boleh berlaku kepada sesiapa. Tak semua benda yang ditelan akan masuk ke perut, ada sesetengah kes ia boleh termasuk ke saluran pernafasan. Ini boleh menyebabkan pesakit alami sesak nafas, kematian boleh berlaku!

Dalam hantaran yang sama, Dr Ezairy turut mengucap syukur kerana pesakit tersebut berjaya diselamatkan melalui kaedah pembedahan.

Dr Ezairy turut berpesan kepada warga net agar berhati-hati kerana kejadian seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan boleh mengundang maut.

Gambar: Dr Ezairy M.Sallih

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.