Tidak dinafikan, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, rata-rata banyak membeli telur, ye lah, banyak sajian berasaskan telur dapat kita hidangkan untuk seisi keluarga.
Jadi, sarang telur memang akan ‘bertingkat-tingkat’ tingginya. Kalau korang ikut tips di bawah ini, ‘confirm’ korang tak akan buang sewenang-wenangnya sarang telur ini. Tidak dinafikan, kegunaan sarang telur ini sangatlah banyak termasuklah boleh dijadikan sebagai tempat menuai benih, halau nyamuk, hiasan rumah serta banyak lagi.
Menerusi perkongsian daripada Nur Husna Shaikun di laman Facebooknya tentang tips dan kegunaan sarang telur untuk mengelakkan sampah sisa makanan berbau busuk dan berair.
Projek sarang telur untuk alas tong sampah. Dapat idea dalam group ni juga.
Senang je nak buat ni;
- Ambik sarung telur terpakai dan ukur pada bahagian bawah tong sampah.
- Potong bagi muat-muat dengan saiz tong sampah anda ya.
- Masukkan plastik sampah dan lapik pula dengan sarung telur yang sudah dipotong tadi.
**Fungsinya bagi serap air dan bau…
Menjengah di ruangan komen pula, warganet turut menggunakan cara yang sama bagi mengelak sisa sampah di dalam rumah berair dan berbau. Tak kurang daripada itu, ada yang turut berkongsi pelbagai cara dan tips tentang kebersihan di dapur kediaman mereka.
Sumber: Nur Husna Shaikun