Siakap Keli
Kredit: Google

Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas Dadah Bernilai RM108,000

ALOR SETAR, 30 Ogos (Bernama) — Polis merampas dadah jenis heroin dan syabu yang keseluruhan bernilai RM108,000 susulan penahanan dua lelaki dalam satu serbuan di tepi jalan di Jalan Melati 1, Bandar Amanjaya dekat Sungai Petani pada 25 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah ACP Mohd Taufik Maidin berkata kedua-dua suspek berumur 22 dan 28 tahun yang menaiki kereta jenis Proton Saga Iswara itu ditahan pada 12 tengah hari.

“Sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK yang melakukan pemerhatian di sebuah bangunan kedai bertindak menahan kedua-dua suspek yang berhenti di tempat parkir di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan terhadap beg yang dirampas telah menemukan enam bungkusan plastik lut sinar disyaki dadah jenis heroin seberat 2,700 gram dan dua bungkusan plastik berisi dadah jenis syabu seberat 2,072.5 gram,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata polis turut menyita harta bernilai RM7,300 daripada kedua-dua suspek yang kini direman tujuh hari sehingga 1 Sept depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis Kedah akan terus memastikan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah ini dapat ditumpaskan dan berharap masyarakat dapat membantu menyalurkan maklumat,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.