Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Syarikat Ini Beri Cuti Kepada Pekerja Pada 3 September Untuk ‘Chill’ Layan Money Heist

Sebuah syarikat yang berpusat di Jaipur tiba-tiba menjadi perhatian ramai untuk bekerja di sana dan meraih pujian atas satu sebab yang tidak disangka-sangka. Perkara ini kerana pekerja di syarikat ini akan diberikan cuti bagi memberi ruang kepada pekerja untuk ‘chill’ sambil menonton Netflix, lapor India Times.

Ketua Eksekutif syarikat berkenaan, Abhishek Jain telah berkongsikan satu notis kepada pekerja bahawa syarikat itu telah mengisytiharkan cuti untuk pekerja pada 3 September ini.

Notis itu juga menambah bahawa cuti berkenaan diberikan supaya para pekerja dapat menyaksikan tayangan musim terakhir Siri Money Heist di Netflix yang dijadualkan pada 3 September ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by VerveLogic (@vervelogicin)

Menggelarnya sebagai ‘Netflix & Chill Holiday, CEO juga mengatakan bahawa ianya adalah untuk mengelakkan e-mel cuti palsu yang mungkin diterima, dipercayai untuk menonton siri tersebut.

Perkara tersebut telah menjadi perhatian warganet dan rata-ratanya bertanyakan bagaimanakah mereka dapat bekerja di syarikat itu.

Sumber: India Times

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.