Seorang remaja perempuan di Brazil dilaporkan maut selepas kilat menyambar kawasan rumahnya ketika dia sedang mengecas telefon, lapor Daily Star.
Menurut portal itu, mangsa yang berusia 18 tahun sedang mengecas telefonnya sebelum kilat menyambar rumah mangsa Ahad lalu.
Dia yang terkena renjatan elektrik dilaporkan pengsan sebelum dibawa ke hospital oleh keluarganya.
Hasil pemeriksaan, mangsa didapati telah meninggal dunia.
Mangsa merupakan individu ketiga yang direnjat ketika panahan kilat di kawasan tersebut dalam minggu lalu, tulis portal itu.
Sumber: Daily Star