Siakap Keli
Kredit: Tribunnews.com

(Video) Awalnya Demam & Batuk, Kisah Sedih Wanita Melahirkan Bayi Yang Sudah Meninggal Dalam Kandungan

Biasanya, kisah seorang ibu yang melahirkan bayi sentiasa menjadi moment yang bahagia dan mengharukan. Tetapi, lain pula jadinya dengan sebuah kisah yang tular baru-baru ini di media sosial. Seorang ibu dikatakan telah melahirkan seorang bayi yang ternyata sudah 3 hari meninggal dunia dalam kandungan. Bayi itu dikeluarkan dalam keadaan tidak bernyawa.

Kisah sedih ini dikongsikan menerusi akaun Tiktok @emy_ginting pada hari Jumaat lalu. Pemilik akaun yang merupakan kakak kepada ibu tersebut telah memuat naik beberapa buah video berkaitan keadaan adiknya dengan keterangan video “Adik saya tengah mengandung 8 bulan tetapi bayinya sudah tiga hari tidak bergerak. Kami berulang-alik ke hospital untuk buat CT Scan dan pemeriksaan lanjut. Katanya, bayinya sudah meninggal di dalam kandungan.”

Tambahnya, “Mereka berasa pelik dan sangat sedih. Esok pagi kena operate untuk keluarkan bayi.” Namun begitu, wanita tersebut dikatakan tidak jadi untuk dibedah (caesar) tetapi perlu melahirkan bayi secara normal. Wanita itu juga sempat merasakan contraction seperti ibu-ibu mengandung yang lain, lapor portal.

Kredit: Tribunnews.com

Adiknya turut menceritakan bahawa mereka sudah menyiapkan tempat pengembumian bayi tersebut. “Kita dah siapkan tempat pengebumian bayi hari ini sebab Dr kata pukul 8 pagi. Tapi Dr beritahu semula bahawa sakit yang adik rasa tu normal. Sekarang dia tengah rasa sakit yang teramat sangat, dan itu contraction katanya. Respect lah dekat ibu ayahnya, sangat kuat.”

Menurut laporan, sang ibu pada mulanya mengalami demam dan batuk-batuk. Tidak lama lepas itu, si ibu pun sembuh tetapi bayinya didapati sudah tidak ada pergerakan sama sekali. “Semasa saya datang ke rumah, saya terus ajak dia pergi mendapatkan nasihat daripada doktor sebab saya kurang tahu tentang kehamilan ni. Kalau sampai bayi tidak bergerak langsung, pasti sesuatu telah berlaku. Sebelum itu, kami juga ada mengunjungi bidan dan bidan tersebut kelihatan panik seperti sudah tahu yang bayi telah meninggal dunia. Tetapi dia tidak berani untuk memberi apa-apa keputusan,” cerita adiknya.

Dalam dunia perubatan, kematian bayi di dalam kandungan memang boleh terjadi.

@emy_ginting

😢😢😢 #fyp

♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu

Sumber: Detik Health dan Tiktok @emy_ginting

Hanis Lyana