Siakap Keli
Gambar: aldi_alfatih57

(Video)”Ni Mesti Mimpi Pergi Toilet,” Lelaki Nyenyak Tidur Tak Sedar Rumah Dimasuki Air

Gelagat seorang lelaki yang tetap lena tidur ketika rumahnya digenangi air telah menuai tawa dalam kalangan warga maya.

Menerusi video dikongsikan @aldi_alfatih57 itu, seorang lelaki dipercayai rakannya telah sampai ke rumah yang sudahpun dinaiki air. Sebaik memasuki rumah tersebut, dia terkesima dan beristighfar sebaik melihat lelaki tersebut masih sedang diulit mimpi.

Malah, rakannya itu masih sedap memeluk bantal peluk sebelum terjaga dalam keadaan terpinga-pinga selepas dikejutkan perakam. Mungkin sedang dibuai mimpi yang indah, lelaki itu dilihat seakan tidak terkesan dengan air di sekitar tubuhnya.

Video yang dimuatnaik dua hari lalu telah mendapat lebih 6.5 juta tontonan dan 458 ribu tanda suka.

@aldi_alfatih57

akibat tidur terlalu nyenyak sampai tidak tau kalau rumah sudah di genangin air🤣

♬ suara asli – aldi_alfatih57 – aldi_alfatih57

Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa tapak kaki yang kelihatan dalam rakaman tersebut sepertinya membuktikan ada pergerakan dari kawasan dinaiki air ke luar rumah berkenaan. Bagaimana pula dengan pendapat anda? Namun sekiranya dijengah ke ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan gelagat lelaki berkenaan yang dilihat terbaring walaupun di sekelilingnya dipenuhi air.

Air liur sampai banyak macam tu

Terbukti, kalau tidur, bencana, tak bangun, kalau kipas angin mati, bangun

Ni mesti mimpi pergi tandas

Sumber: @aldi_alfatih57

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.