Siakap Keli
Kredit: Daily Mail Video

Betul Ke Kilat Tak Sambar Tempat Sama 2 Kali, Rakaman Ini Papar Kilat Sambar Satu Tiang 11 Kali Berturut-turut

Adakah benar bahawa kilat tidak akan menyambar pada satu-satu tempat lebih daripada sekali? Perkara seperti ini pernah menjadi persoalan bagi segelintir orang terutamanya seperti yang diperkatakan oleh orang yang lebih berumur.

Pun begitu, terdapat satu rakaman menakutkan panahan kilat di sebuah tiang di timur China telah menarik perhatian orang ramai di Facebook.

Berdasarkan video dimuatnaik Daily Mail Video, panahan itu berlaku sebanyak sebelas kali berturut-turut melibatkan sebatang tiang yang sama.

Setakat ini, video tersebut telah mendapat lebih 7 ribu tanda suka dan 2 ribu perkongsian di platform berkenaan.

Menurut laman Tweentribune.com, petir boleh menyambar lokasi yang sama sebanyak dua kali atau lebih, malah mungkin mencecah ratusan kali sepertimana menara Empire State Building di New York yang dipercayai menerima panahan kilat sekitar 25 kali setahun.

Malah, tambah portal itu, mangsa panahan petir adalah lebih ramai di Amerika Syarikat berbanding jumlah kumulatif mangsa puting beliung dan ribut.

Antaranya ialah Roy Sullivan yang merupakan bekas renjer di hutan simpan Shenandoah. Dia dilaporkan pernah dipanah petir sebanyak tujuh kali sepanjang hayatnya.

Sumber: Daily Mail VideoTweentribune.com

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.