Biasanya, kita akan melihat lemon yang bersaiz lebih kecil daripada tapak tangan, namun tahukah anda, sebenarnya wujud spesies lemon bersaiz gergasi?
Memetik Daily Mail, seorang tukang masak, Melissa Palinkas berkongsi keterujaan ketika menerima sebiji lemon bersaiz besar daripada seorang kenalan di Australia. Seperti yang dikatakan oleh portal berkenaan, lemon gergasi itu telah berjaya ditanam oleh seorang tukang kebun.
Berdasarkan gambar dikongsikan Melissa, lemon yang dikatakan seberat 2.6 kilogram itu mempunyai saiz hampir sebesar lengan wanita berkenaan.
Dikenali sebagai lemon ponderosa, ia merupakan hasil kacukan antara lemon biasa dan citron.


“Ia manis, jadi saya jadikannya salad lemon ponderosa dengan zucchini dan zaitun hijau dengan kulit lemon bakar,” katanya.
“Bahagian tengahnya seperti limau Australia, pulpa yang pecah dengan jus didalamnya saya tabur pada bahagian atas.”
Lemon itu sering dijadikan pokok hiasan dan tidak ditanam secara komersial, tulis Daily Mail. Pun begitu, ia boleh digunakan sebagai gantian lemon untuk dijadikan jem, pai dan resipi lain.
Sumber: Daily Mail