Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Misteri Bangkai Kambing Tanpa Kepala Dalam Sungai, Saksi Dengar Bunyi Percikan Waktu Malam

Penemuan bangkai kambing tanpa kepala di Sungai Chattahoochee, Georgia menimbulkan misteri dalam kalangan penduduk tempatan dan pencinta alam.

Memetik Daily Star, bangkai-bangkai tersebut dipercayai berkait dengan kumpulan kultus yang mengorbankan haiwan tersebut sebagai sebahagian daripada ritual mereka.

Salah seorang saksi yang juga merupakan pencinta alam sekitar, Jason Ulseth berkata, dia pernah melihat sekitar 30 ekor bangkai kambing dalam satu-satu masa terapung di sungai berkenaan, tulis portal itu.

“Dalam beberapa tahun, saya nampak ratusan, tapi tak lebih 20 atau 30 ekor pada satu-satu masa sepertimana kita lihat sekarang,” katanya seperti dipetik Daily Star.

Lapor portal berkenaan, dipercayai upacara pengorbanan kultus itu turut dilakukan pada siang hari di mana pembuangan kambing dari jambatan sungai itu telah disaksikan seorang individu yang merakam detik berkenaan.

Gambar: Daily Star

“Dia (saksi) terdengar bunyi bangkai terjatuh dalam air dengan percikan, bukan sahaja di tengah malam, tetapi di siang hari,” kata Jason.

“Ini adalah sumber minuman bagi 5 juta manusia, kita perlu lakukan bahagian kita untuk menjaganya,” tambahnya.

Gambar: Daily Star

Tambah Daily Star, setakat laporan itu ditulis, pihak polis tempatan masih belum lagi membuka kertas siasatan berkaitan perkara itu.

“Kambing itu pasti datang dari mana-mana, tetapi kita belum dapat memastikan siapakah pembelinya, siapakah pembekalnya dan bagaimana ianya boleh muncul di sungai ini”

Sumber: Daily Star

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.