Siakap Keli
Gambar Via CNN Indonesia

Penduduk Kampung Di Jogja Gempar, Temui ‘Kuali Gergasi’ Tertanam Dalam Tanah Sedalam 3 Meter

Penduduk di Kretek Jambidan, Jogjakarta dilaporkan telah menemukan satu objek berbentuk ‘kuali besar’.

Menurut CNN Indonesia, objek itu berjaya diangkat ke tanah setelah tertanam sedalam kira-kira tiga meter.

Penyewa tanah di kawasan itu, Supardi, mengatakan bahawa kuali tersebut ditemukan pada Selasa lalu ketika salah seorang pekerja sedang melakukan penggalian di kawasan tanah di situ yang dirancang untuk dijadikan sebagai ladang.

Bagaimanapun, Supardi percaya bahawa objek itu bukan peralatan memasak tetapi merupakan pangkalan pam air yang telag digunakan sejak zaman penjajahan Belanda.

“Daerah di sini namanya Kompan, kenapa Kompan? Kerana sejarah dulu memperlihatkan Belanda mengepam air dari sini ke barat.

“Jadi ini bukan alat penggorengan untuk memasak tetapi pangkalan pam,” kata Supardi ketika ditemubual CNN Indonesia.

Gambar Via CNN Indonesia

Tambahnya, wilayah itu juga pernah dikenali sebagai kawasan penanaman tebu. Belanda biasanya membina pam air di kawasan itu untuk mengairi kawasan ladang.

Kerajaan dan penduduk tempatan pada tahun 1980 telah merancang untuk mengaktifkan semula sistem pengepaman ini dengan mengambil air dari sungai untuk tujuan pengairan. Namun rancangan itu gagal diteruskan kerana air tidak dapat mengalir ke semua kawasan.

Gambar Via CNN Indonesia

“Objek warisan Belanda dengan diameter 2.75 meter akhirnya diputuskan untuk ‘dikuburkan’ bersama dengan kolam di sekitarnya,” kata Supardi.

Sementara itu, ketua kampung, Riyan Hidayat juga mengesyaki bahawa objek itu merupakan peninggalan zaman Belanda berdasarkan catatan sejarah yang sama sekali tidak menunjukkan bukti bahawa adanya kerajaan purba di Jambidan.

Penemuan ‘kuali gergasi’ itu menarik perhatian penduduk kampung dengan ramai di antara mereka yang berkunjung untuk melihat kuali itu.

Sumber: CNN Indonesia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.