Siakap Keli

(Video) Guru Dipuji, Cipta Alat Yang Bolehkan Pelajar Cacat Penglihatan Berlari

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik pelajar yang berkeperluan khas sememangnya tak akan pernah terbalas. Terkadang, tugas yang dipikul oleh mereka bukan mudah tetapi ia dihadapi dengan cekal.

Tanpa rasa jemu, para guru juga sentiasa memastikan agar anak-anak istimewa mendapat layanan dan pendidikan yang sewajarnya, selain melatih mereka untuk berdikari.

Sama seperti yang dilakukan oleh Cikgu Wan Muadzam atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azam ini yang telah mencipta satu inovasi bagi membolehkan pelajarnya yang cacat penglihatan untuk berlari.

Menerusi beberapa video yang dimuatnaik olehnya di TikTok, pelajarnya itu dilihat boleh berlari hasil bantuan dari alat beroda yang diperbuat daripada PVC.

@cguazam

This is my inovation project.Special to assist my blind student for their running.. 😁😁😁 Berjaya habiskan 5km last year.Bangga cikgu

♬ original sound – HRC IWAN🇮🇩 – IWAN🇮🇩

Bahkan, mereka juga pernah menyertai satu acara larian sejauh 5km pada tahun lalu.

Dihubungi SK, Cikgu Azam mengatakan bahawa alat itu dicipta dalam dua versi. Menurutnya, versi pertama disiapkan dalam masa tiga hari saja, manakala versi kedua pula siap dalam tempoh dua minggu.

Menurutnya lagi, pelajarnya yang bernama Alisya sangat gembira ketika pertama kali menggunakan alat itu, dia tidak perlu lagi memegang bahu Cikgu Azam dan menggunakan tali.

@cguazam

Ramai tanya ttg versi awal.Sebijik mcm trolley pasaraya 😂.Tapi Alisya waktu ni gembira sgt sebab 1st time lari xperlu pegang bahu cikgu @ guna tali.

♬ original sound – K H A I – K H A I

Perkongsiannya itu menjadi tular di media sosial dan ramai yang memuji serta sebak melihat usaha yang telah dilakukannya untuk pelajar tersebut.

Sumber: Cikgu Azam

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.