Siakap Keli
Kredit: Facebook South China Morning Post

(Video)”Terima Kasih Naik Teksi Ayah Saya,” Lelaki Bawa Anak 4 Tahun Cari Rezeki Setelah Berpisah Dengan Isteri

Seorang bapa tunggal di Shenzhen China, membawa anak perempuannya bersama-sama mencari rezeki sebagai pemandu teksi.  Dia yang dikenali sebagai Wang terpaksa bertindak sedemikian memandangkan tidak ada sesiapa yang boleh menjaga anaknya di rumah.

Dalam sebuah video, kelihatan kanak-kanak perempuan yang berusia 4 tahun itu duduk di kerusi belakang untuk menemani ayahnya bekerja. Kanak-kanak yang bernama, Xiaoxiao itu akan menyapa para penumpang yang menaiki teksi ayahnya.

Menurut laporan, Wang bekerja dari pukul 6 pagi  sehingga 10 malam, iaitu selama 16 jam. Dia biasanya memperoleh kira-kira RM128.54 sehari. Baginya, kereta itu adalah rumah kedua kerana mereka banyak menghabiskan masa mencari rezeki menggunakan kereta. Dia dikatakan tidak mampu membawa empat orang penumpang dalam satu masa dan sebab itulah pendapatan sehariannya tidak banyak.

Kredit: Facebook South China Morning Post

Apabila Xiaoxiao berasa letih, sang ayah akan bermain bola dengannya di kawasan sunyi. Dia juga akan berhenti memandu jika anaknya tertidur atau lapar dan dahaga. Namun, siapa sangka lelaki itu ternyata menghidapi penyakit polio sejak kecil. Dia juga telah berpisah dengan isterinya yang merupakan ibu kepada Xiaoxiao lapan bulan yang lalu.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, Wang dikatakan jatuh muflis pada tahun lalu dan mempunyai hutang yang banyak sehingga mencecah RM385701.14. Dia juga tidak mampu membayar yuran tadika anaknya. Oleh sebab itu, dia mengambil langkah untuk mengajar anaknya sendiri mengenai beberapa perkara asas.

Kredit: Facebook South China Morning Post

Bagi menampung perbelanjaan, mereka pernah menjual barang-barang terpakai secara live streams pada sebelah malam. Ada juga pengikut laman sosial mereka yang ingin memberikan sumbangan tetapi Wang enggan menerimanya. Katanya, dia perlu berdikari untuk mendapatkan wang supaya dia bebas untuk membelanjakan wang tersebut secara sah, lapor portal.

Kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya tidak terkira. Walaupun pendapatannya agak terhad, dia berusaha untuk membeli apa-apa jenis makanan atau mainan yang Xiaoxiao inginkan. Tetapi kadang kala saya berasa malu terutamanya jika dia menangis dan mencari ibunya.

Menurutnya, “Kini, sayalah ayah dan sayalah ibunya. Saya perlu memberinya kasih sayang yang lebih. Saya hanya ingin membuat sesuatu untuknya dengan sedaya upaya saya.”

Wang ingin menghantar anaknya ke tadika secepat mungkin supaya dia boleh fokus memandu teksi untuk membayar hutang-hutangnya. Lagipun, kerusi belakang kereta itu bukan tempat yang sesuai untuk Xiaoxiao. Dia perlu ke tadika untuk belajar dan bermain dengan kanak-kanak seusianya.

“Pihak komuniti setempat ada menghubungi saya untuk memasukkan Xiaoxiao ke sekolah dengan segera. Saya harap dia boleh hidup dengan bahagia dan menjalani kehidupan dengan sederhana tanpa berasa khuatir,” ujar ayahnya.

Sumber: Facebook South China Morning Post

 

Hanis Lyana