Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Serang Orang Awam Yang Tak Bersalah, Polis New Zealand Tembak Mati Lelaki ‘Mengganas’ Di Pasar Raya

Sofea
Gambar Via The Guardian

Polis New Zealand dilaporkan telah menembak mati seorang ‘pelampau ganas’ yang telah menikam dan mencederakan sekurang-kurangnya enam orang awam di sebuah pasar raya di bandar Auckland.

Kejadian itu telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Jacinda Ardern dalam satu sidang media pada hari ini, lapor Hindustan Times.

Difahamkan, penyerang itu merupakan warga Sri Lanka yang tinggal di New Zealand selama 10 tahun dan telah menjadi person of interest sejak lima tahun lalu.

“Seorang pelampau yang ganas melakukan serangan ke atas warga New Zealand yang tidak bersalah, penyerang itu adalah seorang warga negara Sri Lanka yang berada di New Zealand selama 10 tahun,” katanya.

“Itu merupakan perkara yang salah, ia dilakukan oleh individu, bukan kepercayaan, dia sendiri yang bertanggungjawab atas tindakan ini,” katanya.

Daripada enam orang yang cedera, tiga berada dalam keadaan kritikal, seorang cedera parah dan yang lain mengalami cedera ringan.

Saksi memberitahu wartawan bahawa mereka melihat beberapa orang terbaring di lantai dengan kesan tikaman.

New Zealand sentiasa mengambil langkah-langkah berjaga-jaga sejak serangan lelaki bersenjata di dua masjid di bandar Christchurch pada 15 Mac 2019.

Sumber: Hindustan Times