Siakap Keli
Atlet lompat jauh paralimpik negara Abdul Latif Romly/BERNAMA

Abdul Latif Romly Raih Emas Ketiga Buat Malaysia Di Paralimpik Tokyo

Jaguh lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly berjaya menghadiahkan emas ketiga buat Malaysia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.

Atlet kelahiran Kangar Perlis yang berusia 24 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang dalam acara akhir lompat jauh (T20) dengan melakukan lompatan sejauh 7.45 meter (m) pada percubaan kedua di Stadium Olimpik Tokyo.

Latif yang juga pemenang pingat emas Rio 2016, menunjukkan rekod baik di awal persaingan dengan mencatatkan 7.26m bagi lompatan pertama diikuti 7.45m pada lompatan kedua dan 7.24m pada lompatan ketiga.

Namun begitu, lompatan keempatnya dibatalkan dan dia mengalami kecederaan pada lompatan kelima dengan hanya mencatatkan 5.56m sekaligus dapat meneruskan lompatan terakhir akibat kecederaan tersebut.

Pingat perak dalam acara itu dirangkul oleh Atlet Greece, Athanasios Prodromou dengan catatan 7.17m dan pingat gangsa pula dimenangi oleh Nicholas Hum dengan catatan 7.12m.

Pingat pertama dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebelum ini disumbangkan oleh jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin.

Manakala, pingat emas kedua oleh pemain badminton para bagi kategori SU5, Cheah Liek Hou selepas menewaskan pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi, 21-17, 21-15.

Sumber: Sinar Online

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.