Keprihatinan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan atlet lompat jauh Greece, Thanasis Prodromou di Paralimpik Tokyo 2020 semalam cukup menyentuh hati rakyat Malaysia.
Dalam saingan akhir lompat jauh lelaki T20 semalam, Prodromou merupakan yang pertama membantu jaguh lompat jauh negara, Abdul latif Rosly yang mengalami kecederaan seusai lompatan kelima.
Malah Prodromou turut dilihat menyapu pasir dari rambut Latif yang ketika itu telah berada di atas kerusi roda.
Keprihatinan atlet Greece ini mendapat pujian rakyat Malaysia sehingga hantaran terakhir di Instagrammnya dipenuhi ucapan terima kasih dari netizen Malaysia. Tak kurang juga yang mengucapkan tahniah kepada Prodromou kerana berjaya meraih perak dalam saingan akhir semalam.
Sebagai balasan kepada rakyat Malaysia, Prodromou mengunggah sebuah Instastory yang bertulis,
“Terima kasih banyak atas cinta anda yang unik!”
Prodromou turut menulis ucapan terima kasih tersebut dalam bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris.
Sumber: Instagram Thanasis Prodromou