Siakap Keli
Kredit: Tribunnews.com

Wanita Didakwa Jadi Dalang Kecurian Lembu Milik Suami, Hasil Wang Untuk Beli ‘Skincare’ & Bayar Hutang

Seorang wanita telah ditahan oleh pihak polis atas kesalahan menjadi dalang dalam kes pencurian lembu ternakan suaminya. Turut terlibat adalah beberapa orang rakannya yang kini masih melarikan diri, lapor Tribunnews.

Lembu yang dicuri dipercayai telah dijual ke Kecamatan Seputih Surabaya dengan harga RM2618.56 dan wang tersebut dibahagikan antara mereka. “Saya ada meminjam wang kepada rakan saya itu sebanyak RM145.58. Tapi sebab lambat bayar, hutang jadi meningkat kepada RM436.43. Kemudian, wang hasil jualan lembu sebanyak RM1163.80 pun bagi dekat dia,” cerita wanita tersebut.

Jumlah wang yang selebihnya pula digunakan untuk membayar hutang kepada rakannya yang lain yang berjumlah RM872.85. Setelah selesai membayar hutang, lebihan wang yang ada digunakan untuk membeli set penjagaan kulit atau skincare, lapor portal.

Kredit: Tribunnews.com

Menurut Tribunnews.com, kronologi kes pencurian ini bermula apabila dia, suami dan anak sedang berkunjung ke rumah saudara mereka. Setibanya di sana, wanita itu meminta izin meminjam motosikal kepada suaminya, untuk membeli sayur di sebuah kedai. “Ketika berpura-pura ke kedai itulah ternyata pelaku merancang untuk mencuri lembu dengan bantuan rakan-rakannya,” ujar Ketua Polis Rumbia Iptu Eko Heri Susanto kepada pihak media.

Setelah rancangan mereka berjaya, wanita tersebut datang semula ke rumah saudaranya untuk mengajak suami dan anaknya pulang ke rumah mereka. Mereka sampai di rumah kira-kira jam 9 malam dan si suami lantas terkejut apabila melihat lampu kandang lembu terpadam dan lembu miliknya sudah hilang.

Keesokan harinya, Suroto segera membuat laporan kepada pihak polis. Pihak polis berjaya menemui barang bukti berupa satu unit telefon bimbit dan sebuah motor Yamaha Force berwarna biru putih yang dipercayai digunakan oleh pelaku ketika merancang aksi pencurian lembu di rumahnya.

Hasil siasatan mendapati bahawa kes pencurian lembu miliknya itu didalangi oleh isterinya sendiri, lapor portal.

Sumber: Tribunnews.com

Hanis Lyana