Siakap Keli
Sumber Google

MPIC Fokus Strategi Korporat Untuk Hidupkan Semula Sektor Perladangan, Pertanian Dan Komoditi

Pada masa ini Kementerian saya sedang mengatur strategi untuk menyusun semula dan memperkemaskan agensi-agensi dalam sektor ini supaya Kementerian ini dapat menjimatkan  perbelanjaan. Antara perkara pertama ialah untuk meningkatkat nilai produk-produk komoditi  hiliran dan menyelesaikan kempen anti-komoditi, terutamanya di kalangan EU dan Amerika  Syarikat. Saya juga akan melaksanakan strategi korporat untuk memberdayakan ekonomi  jangka-masa panjang dengan mengambil kira kesan-kesan terhadap alam sekitar dan nilai hak  asasi manusia. 

Melalui maklum balas daripada pihak berkepentingan dalam industri ini, saya akan membuat  perubahan yang perlu untuk membantu meningkatkan pendapatan dalam sektor komoditi. Selain  itu, saya juga akan memantau masalah kekurangan tenaga kerja dan kadar vaksinasi untuk  semua pekerja yang terlibat dalam industri perladangan. 

Saya juga telah mengambil kira cadangan YB Teresa Kok mengenai Kementerian Perusahaan  Perladangan dan Komoditi. Dalam kajian ringkas berkenaan dengan pelbagai agensi dan majlis,  saya akan mempertimbangkan beberapa cadangan logik yang dicadangkan. Jika YB Teresa ingin  terus menyumbangkan pendapat beliau, saya amat mengalu-alukannya. 

YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Siti Fatimah