Siakap Keli
Gambar Via Google

Turki Ingatkan Dunia Agar Tak Terburu-buru Iktiraf Taliban Sebagai Kerajaan Baharu Afghanistan

Turki telah memperingatkan masyarakat antarabangsa agar tidak terlalu terburu-buru dalam mengiktiraf Taliban sebagai kerajaan rasmi baharu di Afghanistan, lapor CNN Indonesia.

Dalam satu temubual, Menteri Luar Negeri, Mevlut Cavusoglu memberi amaran bahawa kerajaan Afghanistan yang baharu perlulah inklusif dan memberi ruang kepada golongan wanita.

Beliau juga mencadangkan agar wanita dari pelbagai etnik di negara itu diberikan jawatan menteri.

“Nasihat kami kepada seluruh dunia, tidak perlu terburu-buru. Kita mesti bertindak bersama sebagai masyarakat antarabangsa,” kata Cavusoglu.

Sementara itu, Turki kini dalam rundingan mengenai bantuan operasi untuk lapangan terbang Kabul yang belum pulih sepenuhnya setelah ditinggalkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.

Tidak cuma itu, Turki juga kini bekerjasama dengan Qatar dan Amerika Syarikat untuk merumuskan syarat pembukaan lapangan terbang Kabul yang akan diutamakan untuk memberi akses kepada pengedaran bantuan kemanusiaan dan memindahkan orang awam yang ingin meninggalkan Afghanistan.

Cavusoglu menganggap bahawa masalah keselamatan menjadi fokus utama operasi Lapangan Terbang Kabul.

Lapangan terbang itu telah mula beroperasi untuk penerbangan domestik pada minggu lalu.

Sumber: CNN Indonesia

Sofea

There's always another side to every story