Siakap Keli
Kredit: Tribunnews.com

Mungkin Berdendam, Angsa Jantan Kejar Wanita Selama 6 Bulan Tanpa Henti Selepas Mengambil Telur

Seorang wanita di China dipercayai bermusuh dengan seekor angsa jantan. Dia terus-menerus dikejar dan digigit selama setengah tahun oleh angsa tersebut.

Menurut laporan, wanita bernama Ha itu dikejar oleh angsa jantan peliharaannya sendiri sehingga tangannya terluka. Namun siapa sangka, di sebalik sikap agresif angsa tersebut, berlaku satu peristiwa yang berpunca daripada wanita tersebut.

Ha dikatakan telah mengambil telur angsa di dalam rebannya pada bulan Mac yang lalu. Tindakan Ha diketahui oleh angsa jantan tersebut sehingga membuatkan mereka bermusuh. Setiap kali angsa melihat wanita itu, ia akan mengejar tanpa belas kasihan.

Kredit: Tribunnews.com

Angsa tersebut dipercayai tidak menyerang orang lain dan seolah-olah hanya berdendam dengan Ha. “Aksi kejar-mengejar” antara mereka berlaku selama enam bulan dan tidak ada tanda-tanda yang memperlihatkan aksi itu akan berhenti.

Video mengenai kisah ini telah mendapat perhatian daripada sejumlah warganet. Mereka mengatakan,

“Angsa itu terlalu agresif”

“Sebelum ini saya selalu dikejar angsa. Tapi saya lebih takut kalau terjumpa dengan anjing”

“Mulai sekarang, jangan pergi ke reban telur angsa”

Sumber: Tribunnews.com

Hanis Lyana