Penyakit batu karang merupakan satu penyakit yang lazim dalam kalangan rakyat Malaysia. Penghidap batu karang biasanya terdiri dari golongan dewasa pada pertengahan umur.
Melalui video yang diunggah di akaun TikToknya, pembantu perubatan atau MA ini berkongsi pengalaman menangani seorang pakcik yang menghidap penyakit batu karang.
Menurut pembantu perubatan tersebut, lelaki yang diberi samaran sebagai Pakcik Yusof ni asalnya datang ke klinik sebab sakit pinggang. Setelah diperiksa, rupanya dia menghidap penyakit batu karang tanpa disedari.
Lebih mengelirukan, bila ditanya oleh pembantu perubatan ni, gaya hidup Pakcik Yusof tak menunjukkan ciri-ciri penghidap batu karang.
Katanya, penyakit batu karang ni boleh terjadi atas beberapa faktor. Tapi pakcik ni tak ambil makanan yang mengandungi garam terlalu banyak dan tidak makan makanan yang tinggi uric acid dalam kesehariannya. Malah semua penyebab yang menjurus kepada pembentukan batu karang tidak diambil oleh pakcik ni.
Terakhir, pembantu perubatan ni bertanya kepada Pakcik Yusof, “Pakcik, masa kencing pakcik kencing duduk ke berdiri?”
Menurut pembantu perubatan ni, pakcik tersebut menjawab yang dia buang air kecil dalam posisi berdiri sejak muda dan tak pernah sama sekali kencing duduk (mencangkung). Rupanya ini lah sebab pakcik tu terkena penyakit batu karang.
Nasihat MA ni bila nak buang air kecil adalah lebih baik jika ia dilakukan dalam posisi mencangkung dan kemudian berdehem sekuat mungkin setelah selesai.
Hal ini kerana, air kencing yang tersisa di bahagian pundi kencing boleh keluar habis berbanding kencing dalam posisi berdiri. Tambah pembantu perubatan tersebut, air kencing yang tak keluar habis ni akan bertakung dan membentuk batu karang.
Lepas ni kalau korang dengar orang berdehem dalam tandas awam jangan pelik pulak.
@ams_brand Kisah pakcik Yusof mari klinik aku..#fyp #fypシ #mogamanfaat #amsmedic #tiktok
Sumber: TikTok @ams_brand