Siakap Keli
Gambar Via Kardusnesia

(Video) Hanya Guna Kotak, Lelaki Kongsi D.I.Y Buat Jadi Rak Tv, Nampak Macam Rak Mahal

Televisyen (TV) menjadi salah satu ‘aksesori’ wajib yang perlu ada di ruang tamu setiap kediaman. Fungsinya bukan saja untuk ditonton bersama keluarga tetapi juga menjadi perhiasan yang menyerlahkan lagi ruang tersebut.

Walaupun kebanyakan TV kini dilekatkan saja pada dinding namun penggunaan rak juga masih lagi relevan.

Selain memastikan TV ‘lebih selamat’, rak boleh menjadi perhiasan utama yang menarik perhatian tetamu. Bagaimanapun, harga untuk sebuah rak juga pastinya sangat ‘menarik’ dan disebabkan itu ada sesetengah orang yang mula DIY rak mengikut citarasa sendiri.

Sama seperti yang dilakukan oleh lelaki ini yang telah mencipta rak TV dengan hanya menggunakan kotak.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Kardusnesia di Youtube, proses untuk membuat rak tersebut telah diterangkan satu persatu. Jom tengok apakah bahan yang diperlukan dan cara pembuatannya di bawah ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Potongan kotak yang tebal
  2. Cetakan gambar berbentuk hexagon (gambar ikut suka)
  3. Glue gun
  4. Gunting
  5. Pisau pemotong kertas
  6. Pen
  7. Pembaris besi
  8. Gam kayu

Langkah-langkah:

1. Gunting gambar yang dicetak dan ‘bingkai’ gambar yang telah digunting ditekap pada kotak. Lukis corak hexagon tersebut pada kotak.

Gambar Via Kardusnesia

2. Potong kotak yang telah dilukis dan letakkan gam kayu dan glue gun.

Gambar Via Kardusnesia

3. Lekatkan potongan kotak mengikut corak yang telah dipotong

Gambar Via Kardusnesia

4. Kuatkan bahagian tengah kotak dengan meletakkan kepingan kotak yang kecil yang berfungsi sebagai ‘tiang’.

5. Lekatkan dengan menggunakan gam kayu dan selotip.

Gambar Via Kardusnesia

6. Cat kotak dengan menggunakan cat warna putih

Gambar Via Kardusnesia

7. Lekatkan gambar yang telah dicetak dengan menggunakan gam kayu

8. Lekatkan span kecil pada tapak kotak agar ia tidak melekat di lantai

Gambar Via Kardusnesia

Hasilnya sangat menarik, korang boleh meletakkan sebarang mainan atau perhiasan yang sesuai di rak tersebut.

Nak lebih faham dan jelas, korang boleh tonton video dekat bawah ini. Semoga bermanfaat.

Sumber: Kardusnesia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.