Mnet mengemukakan permohonan maaf berhubung isu penggunaan muzik latar yang menyentuh sensitiviti umat Islam dalam salah satu programnya.
Menerusi kenyataan dimuatnaik di Instagram itu, mereka mendakwa tidak mempunyai sebarang niat lain menggunakan alunan tersebut selain akan menggantikannya dengan muzik lain.
“Bagi pihak team produksi Mnet Street Woman Fighter, kami memohon maaf berhubung muzik latar digunakan ketika pembukaan episod pertama Streeet Woman Fighter.
“Lagu ini merupakan muzik elektronik yang secara rasmi didaftar di platform penstriman rasmi. Team produksi berfikir ia bersesuaian untuk dijadikan muzik latar program tersebut. Kami benar-benar tiada niat lain,” tulis kenyataan itu.
“Kami dengan ikhlas memohon maaf atas ketidaksenangan yang tidak disengajakan dari kemungkinan menggunakan irama tersebut.
“Bagi menghormati kritikan anda, video akan dimuatnaik semula selepas menggantikan muzik latar. Mnet akan terus mendengar pandangan para penonton di seluruh dunia.”
Memetik AllKpop, Mnet telah menerima kecaman peminat Kpop antarabangsa selepas menggunakan remix yang mengandungi alunan azan ketika pembukaan episod Street Woman Fighter yang disiarkan pada 24 Ogos lalu.
Sumber: AllKpop