Setiap orang mempunyai ketakutan atau fobia yang tersendiri sehingga meninggalkan kesan trauma yang mendalam dalam hidup. Ada sesetengah ketakutan itu mungkin dirasakan tidak masuk akal kepada orang lain tetapi ia benar-benar berlaku.
Seperti pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ho yang mendedahkan bahawa dia sangat takut dengan timun.
Perkara tersebut telah didedahkannya menerusi wawancara bersama majalah Esquire baru-baru ini.
Menurut Soompi, Lee Min Ho memberitahu mengenai rasa takutnya pada timun itu setelah mendapat soalan rawak dari peminat.

“Peminat saya mungkin ada yang sudah tahu, saya sangat takut pada timun, saya akan cuba mengelak daripada berada di tempat yang mempunyai timun atau saya akan segera membuangnya,” katanya.
Namun, dia tidak menjelaskan dengan terperinci mengenai punca ketakutannya itu.
Oppa kesayangan ramai itu juga mengatakan bahawa jika dia di dalam situasi yang memaksanya untuk tinggal di tempat lain selain Korea Selatan, dia akan pilih untuk tinggal di planet Marikh.
Dalam pada itu, dia juga bertanya khabar peminatnya dan berharap agar mereka semua gembira.
Menerusi wawancara yang dimuatnaik di Youtube itu, Lee Min Ho turut memberi kemaskini mengenai drama lakonan terbarunya, ‘Pachinko’, yang masih lagi menjalani penggambaran.