Siakap Keli
Gambar Via DetikHealth

Hilang Berat 21kg Dalam Sebulan, Pelakon Indonesia Kongsi Hanya Amal Tips Ini Untuk Tampil Lebih Bergaya

Beberapa minggu lalu, tular di Indonesia mengenai penampilan terbaru pereka fesyen dan pelakon, Ivan Gunawan, yang lebih kurus berbanding dahulu.

Menurut Detik Health, Ivan berjaya mengurangkan berat badannya sehingga 21kg dalam tempoh masa sebulan saja. Kegigihannya menurunkan berat badan itu bermula setelah dia memeriksa tahap gula dalam darahnya dan bimbang jika diserang pelbagai penyakit.

Sejak itu, dia mula berunding dengan doktor pakar dan menjalani program diet.

Ketika berdiet, Ivan mendedahkan bahawa dia menjaga pemakanannya dengan mengelak daripada memakan makanan ringan.

Gambar Via DetikHealth

“Saya masih makan tiga kali sehari, masih makan sayur, boleh makan makanan laut dan saya boleh makan apa saja asalkan tiada makanan yang bergoreng dan bertepung.

“Yang pasti saya tidak pernah makam makanan ringan. Saya selalu makan hidangan yang dibuat di rumah oleh ibu saya,” katanya.

Tambahnya lagi, ibunya setiap hari akan memasak sayur-sayuran dan makanan berprotein.

Katanya lagi, dia juga akan memulakan rutin paginya dengan meminum perahan lemon yang dicampurkan dengan air suam.

“Saya minum air lemon beberapa jam sebelum bersarapan, contohnya, jika saya minum pada jam 5 pagi, saya akan bersarapan pada jam 8 pagi. Selain itu, saya juga banyak minum air kosong,” katanya.

Perubahan pelakon yang berusia 39 tahun itu mendapat perhatian netizen di Indonesia. Mereka memuji dan memberikan semangat untuk Ivan terus menjalani hidup yang sihat.

Sumber: Detik Health

Sofea

There's always another side to every story