Siakap Keli
Gambar: @zulhelmizainal1

(Video) Detik-detik Aksi Panas Pengadil ‘Dihampiri’ Para Pemain Jadi Penutup Pertemuan Negeri Sembilan Dengan Sarawak

Aksi perlawanan yang menampilkan pasukan teratas Liga Perdana iaitu Negeri Sembilan dan Sarawak United FC sebentar tadi berakhir dengan insiden panas membabitkan pengadil dengan para pemain daripada satu pasukan.

Perlawanan yang penuh tegang itu dimenangi oleh pasukan Negeri Sembilan dengan skor 1 berbalas 0.

Aksi yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur itu menyaksikan kedua-dua pasukan mengakhiri pertembungan tersebut dengan 10 pemain susulan pengadil melayangkan dua kad merah.

Perlawanan yang penuh tegang itu berakhir dengan adegan panas apabila para pemain daripada satu pasukan dilihat menghampiri pengadil, dipercayai mungkin untuk meminta penjelasan.

Susulan daripada kemenangan tersebut, Negeri Sembilan kini berjaya memintas Sarawak United untuk ke puncak Liga Perdana dengan hanya berkelebihan satu mata.

Sumber: @zulhelmizainal1

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.