Siakap Keli
Gambar Via Daily Star

(Video) Netizen Dakwa Temui Kem ‘Misteri’ UFO Dalam Google Earth Di Artik, Rupa-rupanya…

Seorang pengguna Google Earth mendakwa telah menemui bangunan futuristik yang kelihatan seperti ‘tapak pengecasan UFO’ di Laut Artik, lapor Daily Star.

Struktur yang kelihatan aneh itu mempunyai segitiga dengan tiga hub seperti pod yang memanjang dari tengah bahagian utama.

Video penemuan yang dimuatnaik di Youtube itu juga memperlihatkan ia terletak di sebuah pulau yang diliputi glasier berhampiran Kutub Utara.

Gambar Via Daily Star

Menurut lelaki itu, dia menemui kawasan itu di dalam Google Earth ketika memeriksa pesawat yang terhempas tidak jauh dari kawasan itu.

“Bangunan ini mengingatkan saya kepada ‘tic-tac UFO’ yang dilihat oleh Tentera Laut sebelum ini, ia mempunyai bentuk yang sama.

“Adakah benda-benda ini merupakan tapak untuk UFO mendarat dan ‘mengecas tenaga?” katanya.

Bangunan segi tiga itu berukuran kira-kira 310 kaki dan tiang kecil panjangnya sekitar 120 kaki dan lebar 70 kaki.

Bagaimanapun, kem misteri yang diperkatakan itu sebenarnya adalah pangkalan udara tentera Rusia yang dikenali sebagai pangkalan Arctic Trefoil di kepulauan Franz Josej Land.

Gambar Via Daily Star

Kementerian Pertahanan Rusia juga dikatakan pernah menawarkan lawatan maya kepada pengunjung yang berminat untuk melihat struktur pangkalan itu.

 

Sumber: Daily Star

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.