Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gara-gara Kritik Jalan Rosak, Lelaki ‘Diserang’ Keluarga Ketua Kampung

Athirah

Gara-gara Kritik Jalan Rosak, Lelaki ‘Diserang’ Keluarga Ketua Kampung

Sebuah rakaman video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki di Garut, Jawa Barat, menerima ugutan daripada keluarga ketua kampung susulan kritikannya terhadap keadaan jalan raya yang rosak teruk.

Detik melaporkan lelaki berusia 31 tahun itu mendakwa dia dimarahi dengan kata-kata kesat serta hampir dipukul selepas video mengenai keadaan jalan raya yang dikongsikannya menjadi tular.

“Mahu jadi terkenal? Mahu tunjuk hebat?” jerit salah seorang ahli keluarga ketua kampung terhadapnya.

Lelaki berkenaan yang kelihatan ketakutan hanya berdiam diri sambil menundukkan kepala.

Setiap kali dia cuba bersuara, beberapa individu di sekelilingnya bertindak mengganggu serta memarahinya.

Menurut lelaki tersebut, kejadian itu berlaku pada 27 Oktober 2025, namun dia hanya berani memuat naik rakaman video berkenaan ke akaun Facebook pada akhir Disember lalu.

Ingin melihat kampungnya dibangunkan dengan lebih baik

Tambahnya lagi, ugutan diterimanya berikutan tindakannya yang kerap mengkritik keadaan pembangunan kampung yang disifatkan tidak teratur, khususnya berkaitan akses jalan raya yang rosak teruk.

“Selepas itu berlaku kejadian tanah runtuh, namun ia tidak dibaiki dan dibiarkan begitu sahaja,” katanya.

Lelaki berkenaan menafikan dakwaan cuba meraih perhatian melalui video kritikan yang dikongsikan, sebaliknya menegaskan hasratnya hanyalah untuk melihat kampungnya dibangunkan dengan lebih baik.

Sementara itu, Timbalan Ketua Daerah Garut, Putri Karlina memaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan jabatan pemeriksa menjalankan audit ke atas kampung berkenaan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti atas maklum balas berterusan yang diberikan

“Saya berharap insiden ini dapat dijadikan pengajaran, khususnya kepada rakan-rakan ketua kampung dan pegawai terlibat

“Jika ada pihak yang mengkritik isu pembangunan seperti jalan rosak, sistem perparitan rosak atau rumah rakyat miskin yang terabai, jangan sesekali lakukan ugutan,” ujarnya.

BACA: Ramai Tak Sedar, Rupanya Ini Punca Renjatan Elektrik Ketika Guna “Water Heater”
BACA: Bali Akan Periksa Akaun Bank Pelancong Mulai 2026
BACA: MINDEF Pandang Serius, Siasat Dakwaan Aktiviti Tidak Bermoral Dalam Kem Tentera

Sumber: Detik