Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ramai Tak Sedar, Rupanya Ini Punca Renjatan Elektrik Ketika Guna “Water Heater”
Pemanas air atau water heater kini menjadi keperluan bagi sesetengah individu, khususnya ketika musim sejuk.
Namun begitu, kebimbangan terhadap aspek keselamatan semakin meningkat.
Risiko renjatan elektrik akibat pemasangan yang tidak betul, penyelenggaraan yang lemah atau kerosakan peralatan boleh mengundang bahaya serius, termasuk kehilangan nyawa.
Sebenarnya, pemanas air sebenarnya selamat digunakan jika dipasang oleh individu berpengalaman, diselenggara dengan baik dan pendawaian mematuhi spesifikasi Suruhanjaya Tenaga.
Bagaimana ia boleh berlaku? Justeru, SK kali ini ingin menerangkan punca-punca berlakunya renjatan elektrik.
Menerusi perkongsian dari GeneralWorker_Repair&DIY, antara punca berlakunya renjatan elektrik ialah sistem pendawaian yang tidak baik. Keadaan ini termasuk wayar hijau (bumi) yang bermasalah, sama ada tercabut, putus atau langsung tidak dipasang.
Selain itu, ia juga boleh berpunca daripada ELCB yang telah rosak atau menjadi keras, menyebabkan ia gagal memutuskan bekalan elektrik apabila berlaku kebocoran arus.
Kebiasaannya, ELCB yang bermasalah ini disebabkan faktor usia, terutamanya jika telah digunakan melebihi 20 tahun.
Difahamkan, renjatan elektrik berlaku apabila terdapat arus elektrik, kebiasaannya berpunca daripada peralatan pemanas yang bocor dan mengalir melalui air sebelum terkena pada tubuh manusia.
Perlu diingat bahawa air merupakan pengalir arus elektrik, justeru sentuhan badan dengan air yang mengandungi arus bocor boleh menyebabkan renjatan berlaku.
Menurut GeneralWorker_Repair&DIY, langkah paling pantas ialah mematikan suis pemanas air, iaitu suis yang biasanya mempunyai lampu merah dan terletak di luar bilik air.
Suis ini akan memutuskan bekalan wayar hidup (L) dan neutral (N) secara serentak, sekali gus menghentikan aliran arus elektrik.
Sebagai alternatif, bekalan elektrik juga boleh diputuskan dengan menurunkan suis utama di dalam kotak DB bagi mengelakkan risiko renjatan berterusan.

Oleh itu, pengguna disarankan untuk menekan butang ELCB pada pemanas air pancuran atau di kotak DB setiap bulan sebagai langkah penyelenggaraan berkala.