Siakap Keli
Kredit: Bernama

TERKINI: Tiada Surat Amaran Jika Ibu Bapa Tidak Hantar Anak Ke Sekolah, Tidak Dianggap Kesalahan Disiplin

Tiada paksaan untuk ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya takut ancaman COVID-19, kata Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md jidin.

Katanya, ketidakhadiran murid ke sekolah atas faktor tersebut tidak diklasifikasikan sebagai kesalahan disiplin dan tidak akan diberikan surat amaran.

Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu mengemukakan surat memperjelaskan mengenai tindakan itu.

Tambahnya lagi, murid yang bergejala tidak dibenarkan hadir ke sekolah dan perlu menjalani ujian saringan COVID-19.

Sementara itu ujarnya, murid yang hadir ke sekolah tidak perlu berpakaian uniform, sebaliknya hanya perlu memakai pakaian yang kemas dan sopan.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar mengetahui status vaksinasi pemandu van atau bas sekolah persendirian, lapor Bernama.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.