Bagi yang dah lama memandu, mesti korang pernah alami masalah cermin kereta berkabus dari dalam. Dah lap berkali-kali pun cermin masih kabur sampai pemanduan terganggu kerana kurang jelas. Keadaan ni selalunya terjadi bila memandu masa hujan.
Tambahan pula sekarang ni tengah musim hujan dan ada kalanya hujan terlalu lebat sampai tak nampak jalan. Kalau yang aircond kereta rosak pulak, lagi la haru nak memandu dengan keadaan cermin yang sentiasa berwap.
Masalah cermin kereta berkabus ni nampak macam kecik, tapi sebenarnya memberi risiko kemalangan terhadap pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.
Bagi yang masih tak dapat solusi bagi masalah cermin kereta berkabus ni, perkongsian dari pengguna TikTok Masta Xul ini mungkin boleh kasi settle masalah korang.
Melalui video yang diunggah di akaun TikToknya @mastaxul, abang ni kongsi satu ‘barang baik’ untuk elak cermin berkabus. ‘Barang baik’ ni nama dia glass anti-fogging agent yang korang boleh dapatkan di MR DIY.
Di ruangan komen, Masta Xul turut berkongsi cara nak pakai glass anti-fogging agent ni. Korang hanya perlu sembur je kat cermin belah dalam kereta korang, lepas tu lap dan biarkan kering.
Mudah je kan. Selamat mencuba!
@mastaxul #stitch with @nyaxgaming barang baik kat diy. Time2 ujan kadang sejuk nak bukak aircond. Tp berkabus plk. So pakai ni. Sekali dia cuci habuk2 kt cermi
Sumber: TikTok Masta Xul