Siakap Keli

(Video) Terhibur, Gelagat Lembu ‘Merajuk’ Buat-Buat Pengsan Sebab Tuan Tak Nak Riba

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin ramai tak tahu, haiwan ni sebenarnya ada perasaan yang sama macam manusia juga, antaranya merajuk, gembira, marah, sedih dan sebagainya. Semua perasaan ini diekspresikan menggunakan ‘bahasanya’ sendiri.

Selalu kita dengar, haiwan yang paling kuat merajuk ni kucing. Lebih-lebih lagi kalau waktu kita tak bagi dia makan. Tapi percaya tak lembu pun boleh merajuk sama macam kita?

Itulah yang dikongsikan di laman TikTok Nurain Baharin baru-baru ini apabila seekor lembu belaannya dilihat merajuk kerana tuannya tak beri riba. Bahasa mudahnya, lembu tu nak duduk bermanja di riba tapi tak dapat.

Dalam video tersebut, Nurain menulis kapsyen berbunyi,

“Dia merajuk sebab tak riba dia. Sekali panggil lembu lain terus dia bangun,” katanya.

@nurainbaharin27

Dia merajuk sebab tak riba dia. Sekali panggil lembu lain terus dia bangun 🤣🤣🤣 ey yai #pengembalalembu

♬ original sound – NurainBaharin – NurainBaharin

Video ini telah ditonton lebih 300,000 kali sejak artikel ini ditulis. Rata-rata netizen pun rasa terhibur dengan karenah si lembu yang manja ini. Jom kita lihat apa kata netizen.

“Ingat mak aku je berbual dengan lembu….”

“Macam mana nak sembelih nanti….”

“Jangan lupa daftar dengan vet….”

Sumber: TikTok Nurain Baharin

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.