Siakap Keli
Gambar hiasan | Google

‘Benda’ Tu Duduk Atas Almari, Wanita Kongsi Kisah Seram Dua Anak Diganggu Setiap Malam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Entah kenapa, ada sesetengah kanak-kanak mampu melihat sesuatu makhluk dari alam ghaib menggunakan mata kasar mereka. Lebih menyeramkan, adakalanya mereka boleh ‘berbual’ lagi dengan entiti itu.

Begitulah kejadian misteri yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Princess Naznin apabila mendakwa anak-anaknya sering diganggu makhluk halus yang berada di atas sebuah almari di rumah mereka.

Untuk mengetahui kisah ini lebih lanjut, mari ikuti perkongsiannya dalam Kelab Cerita Hantu Malaysia seperti di bawah ini. Semoga meremang bulu roma.

Gangguan makhluk halus di US ni (kisah benar dalam rumah farm house saya)

‘Benda’ atas almari ni pernah jadi di bilik saya di US ni. Dua-dua anak nampak dan tunjuk atas almari. Yang baby bangun pukul 3 pagi gelak-gelak sambil duduk pandang atas almari macam ada someone usik-usik dia.

Yang sulung 3 tahun malam-malam masa nak lelap tiba-tiba jerit nangis datang sembunyi belakang saya sambil tunjuk atas almari tu. Tanya saya, “Mommy apa tu, apa tu mommy?” sambil jerit-jerit nangis tiba-tiba. 3-4 hari berturut-turut kena kacau.

Malam seterusnya, saya riba baby atas paha saya nak bagi dia tidur sambil tarik kepala dia ke badan saya, so dia tak boleh nampak almari tu. Tapi baby degil pandang juga atas almari tu even dia mengantuk. Then senyum-senyum.

Bilik memang gelap. Ada night light kecil sebelah dinding sini. Kalau nak kata ala baby tertarik dengan cahaya tu sebab tu dia pandang. Kenapa tak pandang night light sebelah sini. Yang dia tertarik atas almari pandang tepat! Dalam gelap-gelita atas almari tinggi tu.

Siang pun benda tu kacau. Masa siang waktu Maghrib macam tu saya dan mak ayah ada di ruang tamu, anak pun ada di situ. Saya ambil botol susu baby dalam bilik saya nak pergi cuci sebab baby kecil nak susu.

Saya pun ambil botol susu kat bilik then keluar pergi dapur nak pergi cuci, anak sulung masuk ke bilik saya then dia pergi depan almari tu, kat situ juga tiba-tiba almari kayu berat tu jatuh hempap atas badan anak sulung saya.

Dia jerit nangis sebab seluruh badan kecil dia bawah almari kayu besar berat sangat-sangat tu. Tak sampai 1 minit saya kat dapur, dia dah jerit-jerit nangis kena hempap almari berat. Saya lari cepat-cepat masuk bilik angkat almari tapi tak berjaya sebab memang berat.

Saya jerit panggil ayah kat ruang tamu minta tolong. Ayah lari angkat dengan saya. Tu pun boleh gerak sikit je bagi anak keluar. Nasib baik cedera sikit je kat perut. Nasib baik la tulang rangka anak tak patah.

Bayangkan, macam mana almari kayu berat ada 4 drawer besar dan tinggi, tiba-tiba jatuh atas anak. Padahal anak masuk ke bilik lepas saya masuk. Dia tak pernah pegang or tarik drawer almari tu, sebab tu baju-baju saya dan suami.

Selama ni dia tak pernah dekat sebab tak ada apa menarik pun dia nak pegang. Sebab drawer pun keras nak tarik. Kalau saya tarik drawer pun tak kan jatuh sebab almari tu berat dan besar dan balance.

Tak mungkin budak 3 tahun tak sampai 1 minit masuk bilik tiba-tiba dah jerit-jerit nangis kena hempap. Di basement pun sama, bayangkan basement sama macam basement rumah cerita Don’t Breath tu. Malam-malam mesti dengar bunyi ketuk dengan kayu dari bawah underground tu.

Ayah buatkan ayat Al-Quran dan baca-baca sikit then letak surah kecil tu dalam frame. Letak atas almari tu. Sejak hari tu juga tak da kena kacau da. Tamat. Tunggu next story, sorry la panjang sikit.

Sementara itu di ruangan komentar, ramai netizen yang turut berasa meremang bulu roma setelah membaca kisah seram ini. Mereka tidak menyangka bahawa kejadian seram seperti ini pun boleh wujud di Barat sana.

Sedikit info, Naznin merupakan warganegara Malaysia @ orang kita yang menetap di US. Jadi pengalaman seram yang dialaminya ini saling tidak tumpah seperti yang selalu diceritakan dalam filem-filem seram di sana.

Menyentuh tentang makhluk halus di atas almari, kata Naznin, situasi itu seakan-akan sama dalam filem seram dari Turki, Siccin. Tidak kurang juga, ramai netizen yang mengakuinya.

Selain itu, ada netizen berpendapat, punca gangguan seperti ini adalah disebabkan usia rumah itu sendiri. Katanya, kebanyakan rumah di US adalah kediaman-kediaman lama yang dibina pada sekitar 1700-an.

Menurut dakwaan netizen itu, rumah-rumah lama ini pada asalnya dipercayai dimiliki oleh mereka yang mempunyai sejarah gelap atau jenayah tersembunyi, antaranya adalah melibatkan pembunuhan.

Selain bercerita pengalaman seram, Naznin juga selalu berkongsi tentang suasana gaya hidup di US. Antara perkara menarik yang selalu dimuat naik ke laman Youtubenya, NAZ Lifestyle di USA adalah video masakan dan pemandangan indah di kebun buah-buahan.

Sumber: Princess Naznin melalui Kelab Cerita Hantu Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'