Siakap Keli
Gambar: ETV Bharat

Hajat Tak Kesampaian, Perompak Tersekat Dekat Belakang Mesin ATM Terpaksa ‘Diselamatkan’ Pihak Polis

Hajat seorang lelaki untuk merompak bank berakhir dengan kegagalan selepas dia tersekat di dinding ATM yang terletak di Aniyapuram, Tamil Nadu, India Khamis lalu.

Pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki yang berusia 28 tahun itu di daerah timur Champaran di Bihar. Lelaki itu dilaporkan merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat makanan ternakan ayam di Parali.

Padahari Khamis yang lalu sekitar pukul 12.15 pagi, lelaki yang dilaporkan di bawah pengaruh alkohol itu telah tersekat di ruangan belakang mesin ATM ketika dia cuba untuk memecah masuk bank tersebut.

Dia juga turut dilaporkan cuba untuk memecahkan mesin ATM tersebut menggunakan batu bata. Penduduk berhampiran yang mendengar bunyi pelik di bank tersebut segera menghubungi pihak polis.

Setibanya polis di bank tersebut, lelaki berkenaan ditemui sedang tersangkut di belakang dinding mesin ATM terbabit. Polis telah menyelamatkannya dan menahannya.

Akibat daripada perbuatannya itu, lelaki tersebut telah dihadapkan ke mahkamah kini dalam tahanan reman.

Sumber: Times of India

Aqmal Ezany

I write what is right