Siakap Keli
Kredit: Google

Rakyat Malaysia Di Indonesia Miliki KITAS Dan KITAP Boleh Daftar Untuk Vaksin COVID-19

JAKARTA, 15 Sept (Bernama) — Rakyat Malaysia di Indonesia yang memiliki Kartu Izin Tinggal Sementara (KITAS) dan Kartu Izin Tinggal Tetap (KITAP) kini boleh memohon untuk mendapatkan vaksin COVID-19 daripada Kementerian Kesihatan Indonesia.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia Adlan Mohd Shaffieq berkata vaksinasi bagi rakyat Malaysia itu diberikan secara percuma menerusi program pemerintah Indonesia.

“Sebagai alternatif, pihak Kedutaan Malaysia juga telah mengadakan perbincangan bersama KADIN (Kamar Dagang dan Industri Indonesia/Indonesia Chamber of Commerce and Industry), menerusi program gotong royong (mutual cooperation), namun dikenakan bayaran tertentu untuk vaksin berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu beliau mewakili kerajaan Malaysia menyampaikan sumbangan peralatan dan bekalan perubatan COVID-19 yang dibawa menggunakan kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang diserahkan kepada Ketua Pusat Krisis Kesihatan, Kementerian Kesihatan Indonesia, Dr Eka Jusup Singka, di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Jakarta.

Sumbangan yang dihulurkan Malaysia kepada Indonesia itu berupa tangki ISO mengandungi oksigen cecair, pemekat oskigen, ubat-ubatan terapeutik serta barangan perubatan pakai buang.

Sumbangan hari ini merupakan kumpulan pertama dalam beberapa peringkat penghantaran bantuan kepada Indonesia yang dijangka selesai hujung bulan ini.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.