Siakap Keli
Gambar: Sahabat Surga

(Video) Detik Cemas Monyet ‘Serang’ Perumahan, Penduduk Seakan ‘Dikurung’ Takut Keluar Rumah

Bagi penduduk kampung, mungkin sudah terbiasa menerima ‘kunjungan’ monyet liar terutamanya ketika musim buah.

Di Kalimantan Selatan, tular video gerombolan monyet masuk ke perkampungan tempatan, lapor Detik News.

Kelihatan kumpulan itu melompat dan berlari dari satu rumah ke rumah yang lain selain memanjat pagar serta bumbung penduduk. Tindakan kumpulan ini seakan-akan menyebabkan penduduk setempat ‘terkurung’ di dalam rumah sendiri kerana risaukan keselamatan mereka.

Bagaimanapun menurut salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Dani, haiwan-haiwan tersebut tidak menyerang manusia. Pun begitu, mereka tetap berhati-hati ketika gerombolan tersebut datang sejak beberapa hari lalu.

“Alhamdulillah tak serang penduduk, termasuk kanak-kanak. Bagaimanapun, kedatangan gerombolan monyet ini membuatkan penduduk khuatir,” kata Dani seperti ditulis Detik News.

Tambah seorang penduduk lain, Robby, gerombolan haiwan tersebut seringkali datang ke perkampungan apabila tiba musim buah. Hal ini membuatkan para penduduk terpaksa menutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan haiwan tersebut masuk ke dalam rumah.

“Kita tak berani lepaskan anak di halaman rumah, takut monyet turun dan cakar. Lagi pula ada antara monyet saiznnya besar macam kanak-kanak,” katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sahabatsurga (@sahabatsurga)

Sumber: Detik News

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.