Siakap Keli
Gambar: Hafiz Fizzainal

Meriah Satu Dulang, Chef Ini Kongsi Resipi Masakan Popular Orang Jawa, Nasi Ambeng

Bagi peminat makanan Nusantara, pasti menu-menu masakan Indonesia seperti nasi ambeng tidak ketinggalan dalam pilihan hati, kan? Nasi ambeng ini umumnya dimakan beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bila melihat ke dalam dulang hidangannya pun, boleh tahan meriahnya. Ada nasi, ayam, mi goreng, ikan masin dan banyak lagi. Bersempena hujung minggu ni, apa kata kita cuba masak nasi ambeng untuk buat makan-makan dengan keluarga?

Oleh itu, jom ikuti resipi nasi ambeng seperti yang dikongsikan oleh Hafiz Fizzainal atau lebih mesra dikenali sebagai Chef Single di bawah ini. Selamat mencuba!

Resipi nasi ambeng

Gambar: Hafiz Fizzainal

Alhamdullilah CHEF Single buat masakan orang Jawa nasi ambeng dan nasi dulang. Kita masak untuk anak-anak yatim. Saya seronok dapat masak untuk anak-anak yatim. Semoga amalan yang kita lakukan diterima. Amin.

Chef ni walaupun saya bukan keturunan orang Jawa, tapi cinta terhadap masakan. Dan chef memang suka masakan orang Jawa yang sedap-sedap. Kot mana tahu kalau dapat jodoh orang-orang Jawa. Gurau je hehe.

Chef nak share resipi nasi ambeng, mana tahu kawan-kawan boleh masak untuk family kan.

Instagram: @chef_hafiz90

Ayam kicap:-

  1. Ayam gaul garam kunyit, goreng separuh masak, ketepikan.
  2. Bawang merah, putih, halia, lengkuas, tumbuk lumat halus.
  3. Tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih dengan serai diketuk dan bahan-bahan ditumbuk.
  4. Tumis sampai naik bau. Masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit air.
  5. Masuk ayam dan terus letak kicap, letak air sikit terus tutup dengan tudung periuk bagi ayam betul-betul masak dan mesra dengan kuah. Masukkan dengan gula & garam secukup rasa. Kalau yang suka masin boleh letak lebih kicap.

Serunding kelapa:-

  1. Kelapa parut putih.
  2. Bawang merah, putih, serai, cili kering, ketumbar, 2 beradik jintan, blend hancur.
  3. Terus masukkan dalam kelapa parut.
  4. Masukkan gula  4 sudu, garam 1 sudu, gaul rata baru letak atas dapur.
  5. Goreng sampai kering masa masak tu untuk bau wangi.

Mi goreng simple:-

  1. Mi kuning, basuh dan tos.
  2. Bawang merah, putih, cili kering 8 batang, blend hancur.
  3. Tumis sampai pecah minyak, masukkan kicap pekat dan kicap lemak manis 1 sudu. Dah naik bau, masukkan mi.
  4. Chef tak letak garam dengan gula sebab mi kuning dengan kicap dah ada rasa. Tapi terpulang dengan kawan nak letak garam dan gula.

Sambal goreng Jawa:-

  1. Kacang panjang, carrot, cili merah, bawang merah, bawang putih (dihiris halus).
  2. Suhun, tauhu kering rendam sampai lembut (toskan).
  3. Tauhu, tempe, dipotong dadu, goreng dan letak tepi.
  4. Tumis bawang merah & putih, masukkan kacang panjang dan carrot.
  5. Letak air sikit bagi lembut.
  6. Masukkan semua sayur lain, goreng sampai masak. Perasakan dengan garam dan gula.

Ikan masin bulu ayam:-

  1. Basuh ikan masin bulu ayam terlebih dahulu dan toskan.
  2. Gaulkan dengan tepung sebab nak bagi garing dan tahan lama garing tu. Bila masak sedap.
  3. Masukkan minyak panas dan goreng, jangan biar hangus ye. Kawalkan suhu api.
  4. Angkat dan toskan minyak ikan masin bulu ayam terlebih dahulu.
  5. Siap. Bolehlah buat hiasan kat dulang sebab nak bagi cantik. So orang tengok rasa happy bila nak makan.

Selamat mencuba ye kawan di rumah resipi ni.

Gambar: Hafiz Fizzainal
Gambar: Hafiz Fizzainal
Gambar: Hafiz Fizzainal

Sumber: Hafiz Fizzainal melalui Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.