Siakap Keli
Gambar: Mohd Taufik Tee

(Video) Wanita Cina Ini Minta Diajar Mengucap Dua Kalimah Syahadah Sebelum Ditidurkan Akibat Covid-19

Baru-baru ini, tular di beberapa platform laman sosial, video warga emas berbangsa cina mahu memeluk Islam sebelum ditidurkan ketika sedang dirawat jangkitan Covid-19.

Dalam video yang diunggah Ustaz Mohd Taufik Tee Abdullah di laman Facebook, dapat dilihat beberapa orang jururawat berada di samping warga emas tersebut. Salah seorang daripada mereka mengajarkan dua kalimah syahadah kepada wanita itu.

Dalam pada itu, pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung melalui satu hantaran berbeza memberi update tentang keadaan aunty tersebut. Dikatakan wanita ini telah beransur baik dan tidak ditidurkan.

Wanita warga emas itu dikatakan dirawat di Hospital Duchess of Kent di Sandakan. Tulis Ustaz Firdaus, salah seorang anak aunty ini juga telah lebih awal memeluk Islam.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pemilik akaun Facebook dengan nama Azlinah Awlynn mengaku sebagai menantu aunty tersebut dan sangat berterima kasih atas doa warga net kepada ibu mertuanya.

“Ibu mertua sudah beransur pulih walaupun doktor dah cakap ibu dalam keadaan kritikal. Ini adalah niat ibu mertua sebelum dia disahkan Covid-19 stage 5,” tulis wanita yang dipercayai menantunya.

@cikdin_officiall

Balas kepada @nannynaurahfaiq_ Sebelum ditidurkan, kakak ini minta untuk masuk islam.Di hospital Sandakan #islam #viral #sandakan #sabah #kamisempoi

♬ bunyi asal – 🇲🇾🇹🇭CikDin_Officiall💥💯 – 🇲🇾🇹🇭CikDin_Officiall💥💯

Warga net juga tak henti-henti mendoakan yang terbaik buat aunty ini dan menganggap wanita tersebut sangat bertuah.

Sumber: Ustaz Firdaus Wong Wai Hung, Mohd Taufik Tee, Kosmo

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.