Siakap Keli
Kredit: The Sun

(Video) Lalui Jalan Sunyi Lewat Malam, Lelaki Meremang Nampak ‘Bayang Hitam’ Misteri Melintas Depan Kereta

Seorang lelaki di Maine, Amerika Syarikat sempat menyaksikan satu bayang hitam melintas di hadapan kenderaannya ketika melalui sebuah jalan gelap di wilayah itu, lapor The Sun.

Menurut portal itu, lelaki berkenaan percaya dirinya tidak melanggar objek tersebut, bagaimanapun tetap melihat semula rakaman kamera keretanya sebaik sahaja tiba di rumah bagi memastikan apakah objek misteri berkenaan yang pada awalnya disangka rusa.

“Semasa saya lihat rakaman, cuba mencari lokasi rusa di jalan, saya ternampak bayang itu melintas di hadapan kereta saya,” ujarnya.

“Saya terkejut. Saya tengok video itu berulang kali, meremang bulu tengkuk,” katanya.

Dia kemudiannya dipercayai telah menghantar rakaman tersebut kepada kumpulan paranormal untuk mengenalpasti makhluk berkenaan.

Sebahagian penonton percaya ia merupakan haiwan seperti rusa atau beruang, bagaimanapun sebahagian lain mendakwa ia adalah penampakan misteri.

“Untuk semua yang fikir ia haiwan, anda boleh lihat ia boleh ditembusi dalam video tersebut,” kata salah seorang penonton video berkenaan.”

Jadi persoalannya, apakah penampakan bayang hitam itu sememangnya haiwan ataupun entiti misteri yang tidak diketahui kebenarannya?

Sumber: The Sun

Amira

Love yourself.