Siakap Keli
Gambar: Bernama

Kedai Runcit & Restoran Antara Yang Dibenarkan Beroperasi Mulai 6 Pagi – 12 Tengah Malam Bermula Esok – PM

Kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan kedai runcit, pasar mini, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka beroperasi mulai 6 pagi hingga 12 tengah malam berkuat kuasa esok.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi, keputusan tersebut dibuat berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dilakukan.

Oleh yang demikian, kerajaan menyeru agar kelonggaran yang diberikan ini dapat dimaanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab kerana negara masih lagi berperang dengan ancaman virus COVID-19.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Aqmal Ezany

I write what is right