Siakap Keli
Gambar: TikTok @ecacuwitcawer

“Umur Tak Jadi Penghalang,” Anak Gembira Ibu 59 Tahun Bertemu Jodoh Dengan Pemuda 22 Tahun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Betullah kata orang, kalau dah jodoh tak kemana. Jika dah ditakdirkan bersama, tiada apa yang dapat menghalang dua hati daripada bersatu.

Begitulah kisah pasangan suami isteri ini. Walaupun berjarak umur 37 tahun, usia bukan penghalang kalau dah termaktub sejak azali dua insan ini berjodohan.

Video momen bahagia di pernikahan sang ibu yang dikongsikan oleh gadis ini cukup mendapat perhatian warga maya. Video yang dimuatnaik gadis bernama Ecah ini telah ditonton sebanyak 678 ribu kali di TikTok.

Dalam video tersebut, Ecah mengucapkan selamat pengantin baru kepada ibunya yang dipanggil mama setelah selamat diijabkabulkan dengan seorang pemuda yang kini bergelar bapa tirinya.

Menurut gadis tersebut, ibunya yang kini berusia 59 tahun berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya yang berumur 22 tahun.

“Umur bukan penghalang, jika Allah dah takdirkan itu bahagian kita.

“Moga mama dan abie bahagia selalu,” tulis Ecah, turut gembira dengan pernikahan ibunya.

Ecah ketika dihubungi berkata, ibunya mengambil keputusan menikah dengan lelaki tersebut setelah dua tahun mengenalinya.

Kedua pasangan itu selamat diijabkabulkan 17 September lalu.

@ecacuwitcawer

umur bukan penghalang jika Allah dah takdirkan itu bahagian kita ☺️ moga mama & abie bahagia selalu. #fyp #pengantinpkp #umurbukanpenghalang

♬ MUHASABAH CINTA part2 – π‘―π’†π’“π’Žπ’‚π’˜π’‚π’

“Tahniah mama dan abie”

Menjengah ke ruangan komen, warga net turut mendoakan kebahagiaan pasangan mama dan abie ini.

Tahniah diucapkan buat pasangan ini, semoga berbahagia hingga ke jannah!

Sumber: TikTok @ecacuwitcawer

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.