Siakap Keli
Gambar: @sikhansuy

(Video) Viral Aksi Wanita Hembus Asap Berkepul Saat Makan Mi Panas, Ditonton 13 Juta Kali Buat Netizen Tertanya-tanya

Satu rakaman yang memaparkan aksi seorang wanita menghembuskan asap yang banyak ketika hendak makan hidangan mi panas telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut telah dikongsikan menerusi akaun TikTo bernama @sikhansuy.

Video berkenaan bermula dengan si perakam menceritakan bahawa mereka sedang makan di sebuah kedai tepi jalan.

Ketika kamera teralih daripada penjual mi kepada kedua-dua wanita tersebut, perakam video yang melihat rakannya sedang menyuap mi berkenaan ke dalam mulut terus menjerit “Panas!”

Ketika wanita berkenaan hampir menyuap mi tersebut masuk ke dalam mulutnya, dia mulai rasa bahawa mi tersebut sedang panas.

Pada ketika itu, hembusan asap yang banyak telah dapat dilihat keluar daripada mulut wanita berkenaan seolah-olah mulutnya sedang berapi.

Tidak dapat dipastikan di mana lokasi video tersebut berlaku namun yang pasti ianya dari negara Indonesia.

Video itu lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 13 juta kali.

@sikhansuy

Ngeleh je😊

♬ suara asli – Suy – Suy

Sumber: @sikhansuy

Aqmal Ezany

I write what is right