Siakap Keli
Gambar: @aniqclone

Jangan Buang ‘Fries’ Yang Dah Lembik, Lelaki Ni Kongsi Resepi Kentang Putar Guna Kentang McD

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila pergi ke restoran makanan segera McDonalds, antara menu wajib dipesan tak lain tak bukan adalah kentang goreng. Tapi biasalah nama pun manusia, bila dah order banyak-banyak, fries pulak tak habis dan terbiar sejuk.

Bila fries dah sejuk dan lembik mestilah kita pun dah tak lalu nak makan. Maka berakhirlah fries tu ke tong sampah. Membazir kan. Kalau korang nak tahu, sebenarnya dari fries sejuk ni korang boleh buat macam-macam menu lain tau. Salah satunya kentang putar atau mashed potato.

Melalui video yang diunggah di akaun TikTok @aniqclone, lelaki ni kongsi resepi mashed potato dengan menggunakan fries McD sebagai bahan utama. Bahan-bahan nak buat ‘mashed potato McD’ ni pun simple je.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  1. Bawang putih
  2. Mentega
  3. Susu
  4. Kentang goreng
  5. Lada hitam dan putih
  6. Daun parsley untuk hiasan

Resepi ni memang sesuai untuk korang yang selalu tak habiskan fries, tapi taknak membazir. Nak tahu macam mana nak buat kentang putar fries McD ni, boleh tengok video penuh di bawah.

@aniqclone

Mash potato mcd 🍟. Btw mcm mana nk masuk fyp?🤔

♬ Acoustic Guitar Stroll – Dow Brain

Nampak sedap kan? Selamat mencuba!

Sumber: TikTok @aniqclone

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.