Siakap Keli
Gambar: @zayen77

(Video) Ingat Ikan Besar, Mancing Ikan Tapi Yang Muncul Motor, Macam Mana Boleh Ada Dalam Sungai?

Luar dari kebiasaan. Daripada memancing ikan, sekumpulan lelaki telah mendapat sebuah motosikal ketika memancing di tepi sungai.

Menurut Suara.com, aksi mereka terjun ke dalam sungai untuk mengangkat motosikal berwarna putih itu telah dirakam sekumpulan pemuda yang berada berhampiran.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 11.3 ribu tanda suka dan 285 ribu tontonan sejak dikongsikan @zayen77 di TikTok.

Menerusi video berkenaan, kelihatan seutas tali terikat pada motosikal tersebut seakan ianya ‘dipancing’ oleh kumpulan itu. Menggunakan kudrat yang ada, mereka berusaha menarik motosikal berkenaan naik ke tebing yang tinggi sambil diiringi gelak tawa para pemancing lain di lokasi tersebut.

Video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang terhibur dan membuat ‘spekulasi’ masing-masing bagaimana motosikal itu boleh berada di dalam sungai berkenaan.

@zayen77

mancing intok montor 🤲🤲🤲

♬ suara asli – user3077697745280 – user3077697745280

Mungkin pernah banjir, motor hanyut ke sungai

Mancing dapat ikan besi

Mungkin motor curi, hilangkan jejak sementara

Rezeki datang ‘bergolek’, mancing dapat motor

Sumber: Suara.com, @zayen77

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.