Siakap Keli
Gambar: @redzuan9652

(Video) Lelaki Cabut Lari, Terserempak Seakan Lembaga Berambut Panjang Di Hujung Jambatan

Satu video seram yang memaparkan pemandangan di sebuah jambatan port memancing telah menjadi tular di media sosial.

Video berkenaan telah dikongsikan melalui akaun TikTok bernama @redzuan9652.

Dalam video tersebut, semuanya nampak seakan normal sehinggalah si perakam mengalihkan kameranya ke arah hujung jambatan yang kegelapan.

Pada ketika itu, dapat dilihat bahawa secara tiba-tiba terdapat satu sosok seakan wanita yang memakai baju berwarna putih dan berambut panjang berdiri berseorangan di hujung jambatan terbabit.

Apabila si perakam menyedari kehadiran kelibat tersebut, perakam itu terus terkejut dan berlari sekuat hati meninggalkan jambatan berkenaan.

Tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan video tersebut dan di mana lokasi ianya dirakam.

Video itu lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 22 ribu kali.

@redzuan9652

Tengok sampai habis…👻

♬ Creepy horror sound – TOKU SPACE MUSIC

Sumber: @redzuan9652

Aqmal Ezany

I write what is right