Siakap Keli
Gambar: The Guardian

(Video) Seakan Terpinga-pinga, Lihat Reaksi Burung Ini Ketika Salah Satu Gempa Bumi Terkuat ‘Gegar’ Australia

Seekor helang peregrine yang sedang mengeram telur di sebuah bangunan di Melbourne dipercayai terkejut dan melarikan diri ketika berlakunya gempa bumi yang dipercayai salah satu gempar terkuat di Australia yang dicatatkan.

Menurut The Guardian, video secara langsung itu sempat merakam ekspresi burung tersebut yang seakan terpinga-pinga semasa berlakunya gegaran.

Helang dipercayai jantan itu kemudiannya kembali ke sarang tidak lama kemudian, tulis portal berkenaan. Memetik kenyataan saintis Birdlife Australia, kedua-dua helang jantan dan betina akan membantu mengeram telur-telur mereka. Malah, dipercayai helang di lokasi tersebut telah menggunakan ruangan khas untuk burung bersarang di bangunan terbabit sejak awal 1990-an.

Semalam, satu gempa bumi dengan kekuatan 5.9 skala richter telah berlaku berhampiran Melbourne, lapor CNN. Tambah portal itu, tiada kecederaan direkodkan dalam kejadian gempa berpusat berhampiran Mansfield, Victoria setakat semalam.

Sumber: The Guardian, CNN

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.