Siakap Keli
Gambar: yasherfadhli

(Video) Pemuda Lamar Kekasihnya Depan Bakal Mertua Pakai Power Point, Bentang Cara Cari Nafkah Sara ‘Isteri’

Perjalanan menuju ke bahtera rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah. Kadang-kala ada saja halangan yang perlu dilalui. Dari sudut ekonomi, sehinggalah masalah remeh keluarga yang kadang-kadang boleh menjadi batu penghalang sebelum menuju ke hari bahagia.

Namun kerana sehaluan dan sanggup berkorban apa sahaja demi cinta, rata-rata pasangan berjaya menghadapi dugaan tersebut. Seperti yang terjadi pada seorang lelaki dalam satu video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Video tersebut memaparkan detik-detik lelaki itu melamar kekasihnya di hadapan bakal mertuanya. Cara yang diguna pakai ternyata amat berbeza jika hendak dibandingkan dari kebiasannya.

Ini kerana cara yang digunakannya itu adalah dengan melakukan ‘presentation’ seperti pelajar universiti di kampus. Dalam ‘presentation’ tersebut, dia menjelaskan mengenai bagaimana cara yang bakal dilakukannya untuk menafkahi bakal isterinya itu.

Lelaki yang bernama Yasher Fadhli itu telah memuat naik video lamarannya di akaun Instagram miliknya iaitu @yasherfadhli.

Kebiasaannya, lelaki akan melamar kekasihnya dengan memberi cincin, namun lelaki cara lelaki ini melamar dengan memberi penjelasan tentang bagaimana kehidupannya setelah berkahwin di hadapan bakal mertuanya telah meraih perhatian ramai.

Tindakannya itu telah memukau warganet. Ramai warganet yang menonton video tersebut memberi pujian atas perkara yang dilakukannya itu.

Sumber: Liputan6

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.