Siakap Keli
Gambar: World Digital Library & Persatuan Kartografi Melaka

Dilakar Pada 1519, Tular Peta Lama Berusia 502 Tahun Dipercayai Peta Gunung Jerai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Gunung Jerai merupakan lambang kemegahan negeri Kedah yang juga salah satu kawasan tarikan pelancong di negeri tersebut. Gunung Jerai sangat popular dalam kalangan pengunjung yang ingin bersantai dan menikmati udara dingin di kawasan tanah tinggi.

Pelbagai aktiviti yang lazim dilakukan di gunung yang teletak di daerah Yan ini. Antara aktiviti pilihan pengunjung termasuk mendaki, berkelah, berkhemah dan ada juga yang menganjurkan kursus bina semangat di sini.

Melalui Facebook Persatuan Kartografi Melaka, ada dikongsikan satu lakaran dipercayai merupakan peta Gunung Jerai yang berusia ratusan tahun. Nak tahu kisahnya, jom baca perkongsian tersebut dibawah.

Gunung Jerai 502 tahun lalu

Fizikal muka bumi di kawasan utara Semenanjung Melaka (MALAQVA seperti yang tertulis di dalam peta) atau kini Semenanjung Malaysia yang dapat dilihat di dalam peta Nautical Atlas of the World, Folio 3 Recto, Northern Indian Ocean with Arabia and India and Folio 3 Verso, Southern Indian Ocean with Insulindia on the Left, and Madagascar on the Right.

Gambar: Persatuan Kartografi Melaka

Peta ini telah diterbitkan pada tahun 1519 iaitu kira-kira 502 tahun yang lalu. Jika diperhatikan pada peta yang telah telah difokuskan, terdapat sebuah gunung dan juga dua cabang sungai yang mengalir ke Selat Melaka.

Jika dibandingkan dengan peta moden iaitu Google Earth 2021, ada kemungkinan lokasi di dalam peta lama tersebut adalah kawasan sekitar Gunung Jerai, Kedah. Dua sungai yang kelihatan pada peta lama tersebut serasa Sungai Merbok dan Sungai Petani yang kedua-duanya mengalir ke sebuah muara yang sama.

Gambar: Persatuan Kartografi Melaka

Sumber: Persatuan Kartografi Melaka

Eyla Azri